SEJARAH SEKOLAH

Sejarah SMK Abdul Jalil bermula pada awal tahun 1965 apabila bermulanya Kelas Menengah menumpang di tiga buah sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Langat, Sekolah Kebangsaan DusunTua dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi.

         Pada 8 Januari 1968, sebanyak 233 orang murid Tingkatan 1, 2 dan 3 Darjah Menengah tersebut telah ditempatkan di sebuah blok bangunan sendiri di Batu 14 Hulu Langat yang dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Langat (SMKUL) yang dibina di atas tapak seluas tiga ekar.  Bermula dari tarikh tersebut SMKUL merupakan satu-satunya sekolah menengah di Mukim Hulu Langat yang menampung murid-murid lepasan darjah 6 daripada sembilan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

                *     Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali                  *     Sekolah Kebangsaan Hulu Langat

               *     Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi                   *    Sekolah Kebangsaan Pomsom

               *     Sekolah Kebangsaan Sungai Lui                       *    SRJKC Batu 9

               *     Sekolah Kebangsaan Dusun Tua                      *     SRJKC Batu 14

    *      SRJKC Batu 18

           1 Jun 1976, SMKAJ yang terdiri daripada tiga blok bangunan, telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Dato’ Hormat Bin Rafee DPMS, SMS, JMN, AMN iaitu Menteri Besar Selangor dengan nama baru iaitu SEKOLAH MENENGAH ABDUL JALIL atau singkatannya SMAJ.

13 Mei 1991, YAB Dato’ Muhammad Bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu telah merasmikan dua blok bangunan tambahan.  Ini menjadikan SMAJ lebih besar dan selesa dengan lima blok bangunan kesemuanya.

Pada November 1997, sekolah ini amat bertuah kerana telah mendapat kemudahan Bilik Multimedia hasil pengubahsuaian dua buah bilik darjah.  Bilik yang dilengkapi dengan 22 unit komputer dan satu unit server ini menelan peruntukannya melebihi RM850,000 sumbangan Syarikat Amona Surge melalui Kementerian Pendidikan.  Ini menjadikan sekolah ini antara sekolah yang terawal mempunyai kemudahan rangkaian multimedia di negeri Selangor.

Pada Tahun 1998 sekali lagi sekolah ini bertukar nama kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL JALIL atau SMK ABDUL JALIL atau singkatannya SMKAJ atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.

SMKAJ berkembang lagi apabila pada tahun 1999 Blok F yang menempatkan 12 bilik darjah siap dibina.  Bagi kemudahan warga sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum khususnya kegiatan sukan dan permainan, padang sekolah juga siap dibina oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Pembangunan SMKAJ kian pesat apabila pada tahun 2000, dua blok asrama siap untuk diduduki oleh 150 orang penghuni iaitu 75 penghuni lelaki dan 75 penghuni perempuan.  Asrama puteri dinamakan ASRAMA SRIKANDI manakala asrama putera dinamakan ASRAMA SRI SATRIA.  Dewan makan asrama diberi nama DEWAN SERI BUDI.

Pada tahun 2002, SMKAJ amat bertuah kerana mendapat kemudahan dewan besar yang dinamakan DEWAN SERI BESTARI.  Dewan yang boleh memuatkan 500 tempat duduk siap dengan pentas dan kemudahan siaraya selama ini amat diidamkan oleh seluruh warga SMKAJ.

Pada tahun 2003 dengan wang 50% kutipan Jogaton Merdeka anjuran Pejabat Pelajaran Hulu Langat dan sumbangan Dato’ Zainal Abidin Bin Hj. Ahmad, Timbalan Menteri Besar Selangor yang juga ADUN Dusun Tua, sebuah anjung pelajar telah siap dibina bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijalankan serta aktiviti luar bilik darjah dilaksanakan.

Pada 3 Oktober 2005, penyerahan bangunan makmal komputer Fasa 2 telah dibuat. Dengan itu lengkaplah kemudahan untuk P&P Teknologi Maklumat di SMKAJ.  Pada akhir tahun 2007, dua unit rumah guru juga telah siap dibina.  Bagi membolehkan murid-murid sesi petang solat Zohor dan Asar secara berjemaah dengan selesa pihak sekolah telah berjaya membina dan menyediakan dua buah surau iaitu Surau An-Nur dan Surau An-Najah.Selain untuk keselesaan beribadah surau ini juga memberi ruang untuk penggunaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang lain kerana bilik-bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi.

            Sempena 50 tahun penubuhannya, Majlis Makan Malam Amal SMKAJ telah diadakan pada 24 September 2016 yang telah dihadiri oleh alumni SMKAJ, PIBG, mantan-mantan pengetua SMKAJ dan warga  SMKAJ. SMKAJ terus melakar kejayaan yang membanggakan khususnya dalam bidang kokurikulum apabila dinobatkan sebagai Johan Kokurikulum Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013. Malahan Koperasi SMK Abdul Jalil Berhad (KOSMAJA) yang ditubuhkan sejak tahun 1998 juga telah terpilih untuk menjalankan Projek Pertanian Bandar peringkat Zon Dusun Tua mulai tahun 2017.

No comments:

Post a Comment